Najwa Latif : Carta Hati ( Official Music Video Dan Lirik )

salam. kebetulan terbuka laman web hot fm yang bewajah baru dan melihat apa yang patut. terjumpa pula video baru najwa latif dengan lagu baru selepas lagu cinta muka buku meletup macam pisang goreng panas! Lagu ni pun ada peluang cerah untuk meletup jugak ni. Lagu baru najwa latif ni bertajuk Carta Hati. Jom layan klip video carta hati ni. 




Lirik Lagu Carta Hati 

hmm.. hoo.. haaa.. mmm..
Engkau duduk di situ
Diam tersipu malu
Mahu mendekati aku

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan
Kau terkini duduk di carta hati
Lalu cinta kita bermula
Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita
Menjanjikan bahagia
Untuk kita berdua selamanya

Jangan engkau jangan pergi
Jangan tinggalku sendiri
Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia
Ku janji kau tak terluka
Teruslah berada di carta hati kita

lalalalala.. hooo…
lalalalala.. mmm…



Ulasan