Persepsi Terhadap Kaum India di Malaysia !!

Salam.

Hari ini hari pesta cahaya yang disambut oleh masyarakat India di Malaysia. Kita yang tak sambut ni hanya perlu menghormati perayaan kaum lain di negara ni sudah cukup. Tak payah nak kacau buat onar pulak. Tak payah nak jadi duri dalam daging.




Ingat lagi, masa aku duduk kat kampung, masa sekolah rendah. Semua kawan-kawan aku melayu, takde seorang pun India. Senang kata, dalam kampung aku tu, takde seorang pun orang India. Cina ada jugak seorang dua tapi tak ramai. Jadi aku cuma tengok orang India ni di kaca televisyen saja le. Masa tu, dalam fikiran aku mengatakan orang india ni pengotor dan tak suka mandi dan berbau busuk, pasal tu kulit diorang tak berapa putih. Tah pape je aku masa tue. haha.

Lepas itu, aku masuk sekolah berasrama penuh, masa aku form 4, masa ni lah ada dua orang budak India masuk sekolah aku. Sama batch aku dan seorang tu duduk dalam unit aku. *unit tu dorm la kiranya. Macam tak percaya, dia sangat-sangat la menjaga kebersihan. Bilik bukan main lagi kemas, mandi punyalah lama. Aku memang kalah la. hoho.

Sekarang nie lagi la, boleh kata hari-hari duduk manghadap muka mamak-mamak kat kedai mamak. haha. Memang dah kemestian, bukan apa, Services terbaik!! Tak macam kedai melayu, kalau boleh tukang masak, cashier dan tuan kedai sekali nak join pelanggan layan sinetron Alisa. Ntah pape. haha. Tak semua tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

p/s : selamat menyambut deepavali ye kepada semua kaum India di Malaysia.
p/s : kalau setakat bagi ucapan tak haram, tapi kalau kita bersama-sama merayakan itu yang haram. baca: sini

Salam.

Ulasan

Hanis Azla berkata…
ada ramai kawan india.. yg rapat pun ada juga. setakat ni tiada masalah langsung berkawan dengan mereka. Best sebab sama2 saling hormat-menghormati.. barulah betul 1 malaysia.
azzey berkata…
happy deepavali utk sume yg merayakannya!
Terbace gak ada orang tegur Joe semalam sebab haram ucap Selamat Menyambut Deepavali.. Hmmm..

Aku ada kawan India yang sangat rapat masa tadika dulu, 2 tahun.. Tapi lepas tu terputus contact.. Dia balik semenanjung.. Aku masih kat sarawak.. Nama dia Archanna.. Heehee.. :)

Lawak gak ko ni.. Haha..
~nEeYsA~ berkata…
1 malaysia juge d cni..hehe..:)
sebenaqnya india lg pembersih dr cina. Cina bgn pg p sekolah haram xmandi! Rumah kotoq. Tp rmh indian mostly sgt bersih. Aku taw sbb aku dtg dr kedua kaum ni..
Seri berkata…
jiran2 ada cina ada india. tengok rumah masing2 semua bersih