Drama Tukar Tukar Menu 2017 [TV3]

A post shared by Official FC Izreen Azminda (@izreenazmindafc) on
[Pelakon dan Krew drama Tukar Tukar Menu]

Selepas drama Sumpah Ibu, pengarah dan pelakon Rusdi Ramli kembali dengan satu lagi drama bersiri sempena Ramadhan 2017 berjudul Tukar Tukar Menu. Drama ini bakal memperkenalkan resepi baharu setiap episod serta dilema perjalanan watak utama yang dipegang oleh Izreen Azminda. Jangan lupa saksikan drama ini nanti ye.


Profil Drama Tukar Tukar Menu 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Masakan / Drama
Studio : Jutaan Ringgit Sdn Bhd
Pengarah : Rusdi Ramli
Skrip : Azlina Din
Idea Asal : Dato' A Aida
Pelakon : Izreen Azminda sebagai Cat aka Khatijah, Norlia Ghani sebagai Mak Ati, Fikree Aznan sebagai Cef Shak, Muntaza Ghufran dan Baby Sofea.
Episod : 16 Episod
Tarikh Tayangan :  Mei/Jun 2017
Siaran : TV3

Sinopsis Drama Tukar Tukar Menu 2017

Mengisahkan Khatijah atau Cat yang pulang ke kampung untuk menjaga ibunya Mak Ati yang diserang angin ahmar. Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak. Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu. 

Pada mulanya Cef Shak mengelak untuk berjumpa Cat kerana teringatkan peristiwa lama dia ditinggalkan Cat semata-mata memilih lelaki mat salih sebagai calon suami. Namun, Cat tetap berusaha memujuk dan menambat hati Cef Shak semula.

Gambar Pelakon Drama Tukar Tukar Menu 2017

izreen azmida fikree aznan
Izreen Azminda dan Fikree Aznan

izreen azmninda mustaza ghufran
Izreen Azminda dan Mustaza Ghufran

izreen azminda norlia ghani mustaza ghufran
Izreen Azminda, Mustaza Ghufran dan Norlia Ghani

 

Ulasan