Filem Animasi Upin & Ipin The Movie [2017]

Upin & Ipin The Movie 2017

Setelah kejayaan filem pertama Upin & Ipin iaitu Geng Pengembaraan Bermula [kutipan 6.2 juta] pada tahun 2009 dan satu lagi filem realiti fantasi juga menggunakan Upin dan Ipin iaitu Upin & Ipin Jeng! Jeng! Jeng! [4.8 juta/masih dalam tayangan] yang baru sahaja ditayangkan pada akhir tahun lepas, tahun 2016. Kini, satu lagi filem animasi penuh bakal ditayangkan pada tahun 2017.

Satu teaser telah dikeluarkan oleh pihak Les Copaque dan nampaknya kali ini kita akan dibawa mengembara merentasi masa ke zaman silam iaitu zaman kemashuran pendekar dan raja-raja melayu. Satu lagi, watak rakan-rakan Upin dan Ipin juga dibawa bersama dalam filem kali ini, dan ianya tidak hanya watak Upin & Ipin.

Masih banyak yang belum didedahkan berkaitan filem animasi terbaru Upin dan Ipin The Movie ini, kita tunggu sahaja update dari pihak Les Copaque. 

Teaser Animasi Upin & Ipin The Movie 2017

Ulasan