Filem : Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Salam. Filem pertama berkisar Kampung Pisang adalah Zombie Kampung Pisang di mana telah mencapai kutipan lebih 3 juta. Kemudian Filem kedua yang mencipta fenomena iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah mencapai kutipan hingga 8 juta ringgit. 7 Februari 2013, satu lagi filem Kampung Pisang akan ditayangkan dengan judul; Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon dan Jin Pakai Tonjit.

Hantu Kak Limah, Poster Filem Melayu,
Hantu Kak Limah 2 : Poster

Filem : Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Tarikh Tayangan : 7 Februari 2013
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Komedi Seram
Pengerah : Mamat Khalid
Pelakon :  Awie, Shy8, Delimawati, Avaa Vanja, Zami Ismail dan Man Kadir.

Sinopsis Filem Hantu Kak Limah 2 :

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah", Husin yang telah muflis akibat di tipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumiut apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura.

Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku...? Siapakah yang menculik Husin...? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit di pawagam berhampiran anda pada 7 Februari 2013.

Teaser Promo Filem Hantu Kak Limah 2 :


Ost Filem Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit 
Lagu : Lamunan Terhenti
Penyanyi : Ezlyn dan Awie
Lirik/Komposer : Saari Amri

Ulasan