Update Pertama Dan Terakhir Di Bulan Julai 2012

salam. tajuk menunjukkan kesungguhan dan kemalasan untuk update entri blog dalam satu ayat! memang malas sebenarnya nak update, tapi memandangkan blog ini merupakan tempat menulis aktiviti kehidupan aku seharian sejak masuk universiti tahun satu, aku teruskan untuk menaip di sini. haha. dah lama benar blog ni wujud rupanya. 

harini 31 julai - hari terkahir bulan julai dan telah menunjukkan lebih seminggu sudah kita berpuasa. bulan ramadhan bulan penuh keberkatan. selamat menyambut ramadhan kepada mereka yang membaca entri ini. memang terlamabat, tapi better late than never kan?

ok. aku sebenarnya baru pulang dari kalimantan, indonesia timur waktu malaysia pada jam 10 malam tadi menaiki pesawat air asia dan mas wing dari tarakan. tapi sampai sekarang tak tidur-tidur lagi, mata tak boleh tutup tapi badan penat. memang selalu sangat macam ni, aku bukannya hantu tidur - cukup 3-4 jam sehari. haha. kalau terlanjak lain ceritanya.

speed boat from my site work to tarakan. it takes 3 hour max!

air asia plane from tawau to kl. 

mas wing plane from tarakan to tawau



mata dah mengantuk - mahu tidur - selamat malam dan selamat bersahur - assalamualaikum.

Ulasan