Sepanjang Tahun 2011 Hidup Aku!!



salam. lagi setengah jam tahun baru bakal menjelma. tahun baru, usia baru, semangat dan azam pun semestinya mahu yang baru. Kalau boleh, mahu jugak handphone baru, kereta baru, baju baru, seluar baru, stoking baru, mesin basuh baru, televisyen baru dan sebagainya yang baru-baru belaka. materialistik kan? haha. sebelum start, diingatkan ini merupakan entri personal yang sangat jarang aku tulis di mana-mana. tapi kali ni aku terasa nak menaipnya!

sebelum tu, kita mulakan dulu dengan apa yang telah berubah dalam hidup aku sepanjang 2011 ni. kalau nak ikutkan yang paling best mestilah sebagai aku dah bergelar graduan yang tidak hanya menanam anggur, rezeki bila dapat kerja sebelum majlis konvokesyen lagi dengan kelayakan bidang geologi, seterusnya mendapat jawatan sebagai engineeering geologist. Walau kebanyakkan ahli keluarga dan rakan yang menyarankan aku menyertai industri minyak dan gas, tapi aku still tak tergerak hati ke arah tu. Lantaklah, aku sukakan kerja aku sekarang ni, itu yang penting!!

Selain itu, keluarga aku juga semakin membesar dengan kehadiran dua orang baru dalam keluarga aku. tapi belum sah sepenuhnya lagi, baru tiga suku. haha. kakak dan adik telah bertunang pada tahun ni, adik aku baru je berlangsung pada 25 disember baru-baru ni. Majlis perkahwinan pulak dirancang pada bulan 3 tahun depan. dua orang anak dara terus! 

Dari bilangan anak saudara pulak, aku tak confirm ada pertambahan atau tak tahun ni. haha. yela, sekarang pun dah ada 14 orang, aku pulak tak selalu balik kampung, jadi nama pun susah nak ingat, nak pulak ingat tarikh lahir sorang-sorang. Yang 14 orang tu pun dari adik beradik kandung, belum masuk anak saudara dari adik beradik tiri lagi tu.

Aku sekarang dah berjaya memiliki sebuah kenderaan 4 roda. dah pakai hampir 5 bulan, syukur aku makin biasa dengan jalan-jalan di kuala lumpur. masa mula-mula pakai dulu banyak kali jugak tersesat di sana-sini. itupun tak serik-serik, gps tak nak pakai! Aku lebih sukakan petunjuk secara manual iaitu bertanya mereka yang tahu, kerana 'malu bertanya sesat jalan'. haha.

Blogging pula mula makin banyak membuahkan hasil, walau tak cecah ribu ribu raban, adalah beratus tu. tapi yang best, setiap bulan akan ada back up money untuk meneruskan kehidupan. terima kasih diucapkan mereka yang menyokong, membaca , mengikut dan sebagainya.

orang lain sambut new year dengan meriah, aku nak tidur saje malam ni.
assalamualaikum.









Ulasan

Unknown berkata…
happy new year 2012!! semoga impian menjadi kenyataan
farhanaDr berkata…
Betul sangat tu Encik Azuan Daud.. Malu bertanya memang sesat jalan..

:p