Jambu Batu Dan Khasiat

salam. baru-baru ni ke pasar malam membeli makanan dengan jumlah yang agak banyak, biasa lah orang bujang, mana rajin nak masak. haha. tunggu lah bulan puasa ke apa kalau nak masak! Baru lah semangat nak makan air tangan sendiri tu menggunung. ssekarang ni, memang makan kat luar ajelah. beras tu dah berbulan beli, takde tanda-tanda penurunan pun setakat ni.

dalam banyak-banyak beli tu, ada jugaklah terbeli buah jambu batu, selonggok RM 2 aje. ni suka p pasar malam ni. favorite ni. kalau pasal buah, aku memang nombor satu kecuali nenas dan jagung. memang tak makan mana, tapi kalau buat puding atau air, aku balun jugak! ok berbalik pada buah jambu batu, dulu depan rumah lama aku ada beberapa batang pokok jambu batu, kalau berbuah tu, memang bertenggek atas pokok je kerja aku dengan adik beradik yang lain. begitu jugak ceritanya kalau buah rambutan!

.gambar hiasan. jambu batu dihiris-hiris.
Apa yang best kalau ada jambu batu ialah colek atau dalam bahasa rasminya asam cuka taruk lada, garam dan gula! tak tahulah aku apa nama rasminya, senang kata, kawasan aku diorang panggil colek. rasa sama je semua tempat, jadi aku assume korang dapat imigine. meleleh air liur kalau terbayangkan colek ni. cukup sedap dan cukup menggoda! colek ni antara yang senang untuk dibuat, lagi senang dari korang hafal lirik Mr Simple tue! haha.

Khasiat Jambu Batu ni ada banyak, aku just copy and paste dari sumber-sumber internet lain aje ni. bukan hasil tangan kajian atau tulisan aku. so check it out! Peace yo!

 Sumber : http://cempakamelati.blogspot.com/2011/02/khasiat-jambu-batu.html
 1.  Luka
Untuk mengubati luka, ambil beberapa helai daun jambu batu kemudian cuci dan giling hingga lumat.  Selepas itu tempelkan pad aluka dan balut dengan kain.  Tukar kain pembalut dan ramuan daun jambu sebanyak tiga kali sehari sehingga luka sembuh.  Air rebusan daun dan kulit batang jambu batu juga boleh digunakan untuk mencuci luka kerana daun dan kulit batang jambu batu mengandungi zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

2.  Cirit-birit
Bagi mengatasi masalah cirit-birit, rebus daun jambu sebanyak 15 hingga 30 gram dan minum.  
p.s : memang berkesan ni, dulu-dulu memang selalu cari daun jambu batu untuk diminum!!

3.  Mengurangkan kolesterol
bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol yang tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari bleh mengatasi masalah ini.  Dikatakan amalan ini dapat membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.

p.s : sebelum p medical chek up untuk kerja, perlu makan jambu banyak-banyak! baru senang lepas.

4.  Ulser mulut
Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya.  Cuci hingga bersih dan rebus.  Biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum iarnya.

5.  Hilangkan bau peluh
Hiris buah jambu nipis-nipis dan keringkan.  Kemudian tumbuk atau giling hingga lumat.  Sapukan pada ketiak untuk mengatasi bau peluh.

6.  Tegangkan kulit wajah
Untuk mendapatkan kulit yang tegang dan cantik, ambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai.  Tumbuk bahan-bahan ini hingga lumat dan gunakannya seperti menggunakan masker di wajah. 
p.s : tak payah dah nak beli masker mahal. ternyata cara buat sendiri ni lebih berkesan, member aku ada buat sendiri masker tapi pakai bunga cengkih, lagi efektif kot dari yang beli kat kedai!



Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak caband. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji. Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau sukuMyrtaceae.
Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.
Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut. 
Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.



bukan sahaja berkhasiat, tapi sedap dimakan.
assalamualaikum.



Ulasan

Qaseh Suhaida berkata…
suka makan jambu batu yg xde biji tuuu.