Kenangan Balik Kampung!!

salam. esok malam akan aku berangkat pulang ke kampung halaman selama 4 hari. cuti pun sudah lepas, jadi dengan hati riang gembira, aku akan pulang sambil menyanyikan lagu balik kampung yang dipopularkan oleh arwah sudirman. tak sabar nak balik ni. tiket sudah dibeli oleh member aku pada hari rabu, nasib baik masih ada tiket, kalau tak beraya di Klang la aku nampaknya. malas nak drive sampai ke terengganu! haha.

jangan lupa berpesan-pesan ke arah kebaikan.

Bila sebut bab balik kampung, memang ramai rasanya yang terjebak dalam kategori perantau ni. aku memang seorang perantau yang berjaya! selama 10 tahun ni, tak pernah lekat di rumah. asyik merantau aje, kerja pulak jenis yang nak travel aje, memang tak lekatlah. 


pernah sekali aku ditahan polis atas tuduhan mencuri barang orang lain, ni berlaku dalam sebuah bas ekspress yang dirahsiakan namanya. Memang aku chuak habis! selain aku ada lagi dalam 4 atau 5 orang lain yang disyaki. Disebabkan kedudukan aku betul-betul di belakang orang yang kehilangan barang tu, jadi diorang turut menggeledah seluruh beg pakaian dan badan aku, tapi takdelah macam sampai dibogelkan aku ni, just check malas-malas aje! Masa tu jam dalam 4 pagi dan pihak polis tu kata yang orang yang kehilangan barang tu merupakan rakyat asing yang datang melancong dan sengaja menghilangkan barangan diorang supaya dapat claim atau something yang memberi keuntungan untuk diorang. entahlah aku pun tak tahu yang mana betul tapi serius cuak masa kena check tu. yela, kot kot terjumpa barang yang hilang dalam beg aku. Mampos!

Bas rosak memang perkara biasalah bagi mereka yang selalu naik bas macam aku. tapi yang tak boleh lupa sekali ialah bila terpaksa berkongsi bas dan terpaksa berdiri hampir 3 jam dalam bas ekspress yang dipenuhi oleh manusia-manusia pada jam 4-7 pagi. Dengan muka mengantuk sorang-sorang, tak tahu nak cakaplah, dengan barang-barang menimbun. memang padat gile! Macam naik komuter pada waktu puncak, tapi nak balik kampung punya pasal. jalan ajelah! kalau tak mampos sorang-sorang tepi jalan jam 4 pagi pulak tu. haha.

apa tengok-tengok!

Jaga beg atau barangan dekat bus stop memang agak sukar bagi yang banyak barangan mahal, selalunya aku tak bawa barang berharga kalau jalan jauh, kalau ada pun semua dalam beg galas aku. beg pakaian memang aku letak merata, tak risau mana sebab takde barang beharga! Baju aku pun banyak dari bundle, jadi takdelah murah mana kan? haha. Setakat ni takde lagilah barangan aku hilang di bus stop walaupun kadang-kadang aku tinggal tanpa sebarang kawalan. Bagi aku, selalunya perompak ni target perempuan, jadi lelaki selalunya lebih selamat! haha.

aku pasti setiap orang punya pengalaman masing-masing. jadi apapun yang korang naiki untuk balik beraya nanti, berhati-hatilah ketika memandu dan berhenti berehat  kalau mengantuk sangat! ( cam takde kaitan dengan point kat entri atas aje kan? ) ingatan ikhlas dari jangan-bukak blogspot. haha. Assalamualaikum. 




Ulasan