salam. sebelum masuk ke cerita aku dengan seorang akak pekedai seven eleven. sila baca karangan di bawah! kalau faham kome memang orang nogeri sembilan yang cukup asli. Aku baca dan sememangnya susah aku nak fahami kerana aku bukannya berasal dari negeri sembilan pun. aku orang terengganu nun jauh di pantai timur sana yang telah berjaya melangkah ke separuh akhir piala malaysia tahun ni. hehe.
kalau faham, memang terbaik lah!
ok. kita masuk dengan cerita aku dengan pekedai yang buat orang takde mood nak membeli di kedainya. malam, aku berjalan masuk ke seven eleven untuk ambil duit, seven eleven ada atm sekarang ni, aku baru tahu je ni! Dah aku ambik duit tu, teringin nak membeli sesuatu, aku ambik barang yang nak dibeli dan bawanya ke kaunter. tak sempat nak keluarkan duit, akak kaunter dah bersuara :
"akak tak mahu duit besar! akak takde duit kecik nak bayar baki. ( dengan senyuman semanis mungkin! ), kalau takde duit kecik, adik boleh pinjam duit member adik yang baru keluar tu. Lagipun bukan mahal sangat barang yang adik beli ni."
aku dengan mata kelip-kelip mata pandang akak tu. aku kata "jap eh kak!".
aku tuju ke kawasan barang-barang lain, amik satu, dua, tiga, empat. lima, enam, tujuh barang lain dan bawak ke kaunter. sampai kaunter aku letak barang depan akak tu dan suruh kira. sebelum akak tu sempat cakap berapa harga barang tu. aku cakap dulu.
" kak, saya tak jadi belilah, nanti takut-takut akak takde duit kecik nak bayar duit saya yang besar sangat ni'
aku cepat-cepat berambus sebelum kena sekeh dengan akak tu. hahaa.
kalau dapat baca, memang terbaiklah!
ok. citer kat atas tu imiginasi aku je, sempat pulak aku ada idea nak buat camtu. lepas akak tu cakap yang dia takde duit kecik bla bla bla. aku dah blah sebelum dia habis cakap! Takde mood aku nak membeli di kedai jenis macam ni. nak berniaga buat cara nak berniaga. sebagai pengguna banyak lagi tempat yang aku boleh dapatkan barang tersebut, jadi kenapa nak ikut cakap peniaga tu. baik ke kedai yang perkhidmatannya lebih tip-top!
fikir dan renuung-renungkan. assalamualaikum.
Ulasan
"Eh dik.. Tak elok wat akak tu camtu tau.." Hehe..
Dalam imaginasi, kau sangat garang ya.. =p