Sungai Gabai : Destinasi Mandi Terbaik Di Hulu Langat


salam. disebabkan hari ni hari jumaat, jadi pekerja seperti aku ni semestinya mempunyai semangat dan aura terlebih. jadi aku nak story sikit cerita mengenai apa yang aku buat pada ahad lepas iaitu pergi mandi manda bersama rakan serumah yang lain di sungai gabai, hulu langat sana. Perjalanan takde lah jauh mana, cuma tersesat aje sekali sebelum kembali ke jalan yang benar. hehe.

Sungai gabai ni sangat terlebih best berbanding sungai tekala dan sungai congkak, yang lebih batu dari airnya. air di sungai gabai jernih dan yang paling penting ianya merupakan kawasan air terjun. Kedalaman airnya pulak adalah melebihi paras dada aku, jadi sesuailah untuk berenang. Kawasan yang aku dapat tu agak luas jugak untuk berenang. Boleh kata, sungai ni agak baik berbanding 2 lagi sungai yang aku pernah pergi sebelum ni.



dua gambar kat atas ni aku cilok dari blog flymyself.com


selain best untuk mandi, korang yang berkeluarga dan ingin ber'picnic' tu boleh jugak menuju ke sini, tapi tolonglah jangan naik ke bahagian atas kalau tak mampu, ada lebih kurang seribu anak tangga agaknya untuk sampai ke bahagian atas. Aku dan member-member confirm naik ke bahagian atas, konon nak tunjuk muda. haha. sebenarnya masa kami sampai tu, bahagian bawah dah dipenuhi orang ramai, jadi terpaksalah cari port bahagian atas yang tak ramai orang. 

aku memang syorkan sangat yang korang pergi ke sungai Gabai berbanding sungai congkak dan sungai tekala, sebab tempat ni lebih masyuk! Assalamualaikum.

Ulasan

Scha Nazri berkata…
wei, bawak aku wei.pehlishhhh
Liliyuli berkata…
masa kecik2 dulu menetap di hulu langat. bila putus ke bekalan air di rumah. gua panjat gabai tu. skrg dah dok Johor.. kenangan..