salam. sudah seminggu dah tak menulis di sini. diri aku pun ibarat makan tak basah, tidur takde mimpi-mimpi indah semenjak mengabaikan blog ni. orang kata, demam rindu. kalau gaya macam tu, bolehlah masuk bertanding anugerah blogger of the year yang dianjurkan nuffnang, confirm-confirm menang. hehe. gila apa! sebab blog dah macam orang sakit sawan! hidup biar cool beb. Kalau tak cool, buat-buat aje cool. habis cerita.
bagi yang tak tahu, ini hotel first world kat genting sana. |
Kenapa tiba-tiba letak gambar first world hotel? Sebenarnya aku berkampung di sini dari rabu minggu lepas sampai petang tadi di belakang hotel first world bukan di dalam hotel first world! Kalau korang dari lobi sebelum naik lif, jenguk-jenguk ke tingkap, akan nampak satu bangunan terbengkalai yang masih ada cranenya. di situlah aku berada. lambai-lambailah tangan korang ye! buat ape kat situ? saje je nak beriadah.
Macam mana aku tahu dari lobi hotel, ada lif, jenguk tingkap boleh nampak aku? Sebab aku first time sampai genting, jadi aku ambillah peluang tu untuk melawat hotel yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ni kerana mempunyai jumlah bilik terbanyak (kalau tak salah la!), jalan juga di plaza first world yang mempunyai indoor games macam roller coaster dan sebagainya.
kereta kabel memang femes di genting! |
oklah genting ni, kalau pergi dengan family takpun kawan-kawan memang seronok rasanya tapi kalau pergi atas sebab kerja macam aku ni, kurang sedikit seronoknya. dah la asyik hujan aje! nak buat kerja pun payah. apa kerja aku? aku tolong tengokkan cerun di kawasan tu stabil ke tidak, nanti bolehlah korang stay dengan aman di hotel first world tu. hehe. takde maknanya! hotel first world ni bila punya hotel pun aku tak tahu, takkanlah baru sekarang nak tengok kestabilan cerun. memang fail la nampaknya mereka yang bina hotel first world kalau gitu gayanya. haha.
Assalamualaikum.
Ulasan