Aktiviti Tahun Baru 2012 : Cuci Kereta

salam. entri first tahun 2012. sudah tahun baru nampaknya tapi hidup mesti diteruskan, tak payahlah nak menangisi kegagalan tahun lalu, tak perlu terjun dari bangunan 40 tingkat atau terjun ke dalam sungai klang! selagi nyawa kita panjang, gunakan sebaik mungkin untuk perbaiki diri menjadi lebih baik dari hari semalam. 


awal-awal lagi di tahun baru ni, aku dah buat aktiviti menyihatkan badan iaitu mencuci kereta. hujung minggu memang selalunya inilah aktiviti aku, sebab kerja aku di tapak binaan rumah, jalan pun nak tanah merah je. cepat giler kotor! meyesal pulak ambik kereta warna putih. haha. Sejak beli kereta ni, tak pernah hantar kedai untuk cuci lagi, membazir pulak rasanya. padahal bukan mahal mana pun. takpelah, berpeluh sikit di hujung minggu ni, kalau tak tidur ajelah kerjanya. Aku cuci selalu menggunakan baldi aje, sebab itu tips jimat air yang banyak dikongsi oleh mana-mana pihak yang suka cuci kereta sendiri, tapi kalau dah malas, aku sembur pakai paip ajelah. haha. 

ok. selamat tahun baru dan selamat cuci kereta!
assalamualaikum.

Ulasan

AmyZana berkata…
huhuhu
selamat tahun baru! cuci kereta guna air hujan je ;D