Kes Kartika : Berakhir Dengan Khidmat Masyarakat

Salam.

Mesti korang pernah mengenai kes model yang ditangkap minum arak dan bersetuju untuk disebat. Pagi tadi, aku terbaca di kosmo yang model tersebut iaitu Kartika Sari Dewi Shukarnor telah ditukar hukumannya dari hukuman sebat ke hukuman khidmat kemanusiaan atas budi bicara Sultan Pahang iaitu Sultan Ahmad Shah.

sumber imej : kosmo

Selain Kes Kartika, berita lain yang mengejut ialah kematian pelawak terkenal tanah air iaitu din beramboi. klik sini untuk lebih lanjut. Aku mula minat masa beliau jadi salah seorang pemain dalam gameshow 'spontan' yang turut ada Afdlin Shauki, Zizan dan lain-lain. Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Salam.

Ulasan

joegrimjow berkata…
takziah pada keluarga din beramboi
baincardin berkata…
*al-Fatihah utk arwah Din Beramboi...
myQza berkata…
aku pun pelikkes kartika ni.., dia lagilah pelik dgn kes die.. org lain dah kena dia punya kes kontroversi pulek..